|
|
 |
 |
Feb 8, 2007
salam semua semua....dan nak ucapkan selamat tahun 2007 walaupun ari nie dah masuk bulan februari...hehe...terlambat nak bagi ucapan kepada kenkawan semua...
apa ya nak tulis kali nie...azam tahun baru..tarak...sebab azam tahun lepas tak tertunai..so forward ke tahun nie.....
Posted at 03:22 pm by EjaLesungPP
Permalink
Aug 8, 2006
Diri anda tiada duanya, tiada tiganya
Motivasi: Dr H.M.Tuah Iskandar Al-Haj....
Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.
Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.
Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.
Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal sepuluh inci?.
Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.
Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah buatan yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.
Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.
Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.
Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.
Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.
Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.
Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, Buta ke dia??
Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!
Posted at 08:14 am by EjaLesungPP
Permalink
Jul 28, 2006
Petikan dari NUR utusan Malaysia, selasa 25 Julai 2006
LIMA SIFAT WANITA YANG DISUKAI LELAKI
Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mempunyai ciri-ciri keibuan, lembut mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.
Perihatin dan menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai dirinya.
Bijak berbicara
Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti itu bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadikan lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.
Solehan
Lelaki juga suka kepada wanita yang solehan dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak.
LIMA SIFAT LELAKI YANG DISUKAI WANITA
Percaya diri
Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton teruskan bermain. Pada masa yang sama cuba bermain sukan lain juga. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.
Lelaki lucu
Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Tetapi berpatut padan dalam pergaulan. Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya terutama apabila dia sedang bersedih.
Romantik
Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita. Harus diingat romantik bukan bermakna gatal dan mengada-gada tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.
Bijak
Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi penampilan dan cara membawa diri menjadi perhatian. Selain wajak kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang bijak.
Kemas
Lelaki yang kelihatan kemas dan sentiasa berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita. Kuku turut memainkan peranan penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari.
Pastikan sifat-sifat diatas ada pada diri anda.........
TIP MEMILIH PASANGAN
Memilih pasangan hidup sangat penting daripada apa juga yang anda lakukan untuk mencari kebahagian rumah tangga.
Tempoh Masa Perkenalan
Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuashati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan yang lebih pendek
Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakkannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat.
Memilih Pasangan Sendiri
Anda sering memilih pasangan semata-mata untuk menggembirakan orang lain ayah, ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Bagaimanapun, amat penting agar orang yang hendak kawin itu sendiri gembira dengan pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.
Tidak Ada Wawasan Dalam Rumah Tangga
Kebanyakkan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Kebanyakkan pasangan menempuh alam perkahwinan kerana ingin memenuhi tuntutan perasaan untuk hidup bersama.
Mereka terbawa-bawa dengan perasaan romantik mereka semasa bercinta dengan harapan ia akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.
Masalah Keperibadian Dan Tingkah Laku
Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat ciri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil, itu tandanya ada sesuatu yang tidak kena.
Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga akhir hayat untuk menangani masalah ini atau tidak.
Nyata sekali, jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya, anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.
Pengalaman
Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun-tahun akan datang. Pengalaman di sini bukan bermaksud usia. Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu- waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Ambil contoh yang mudah saja, misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan-jalan kampung yang becak. Dari situ, dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenar.
Posted at 02:05 pm by EjaLesungPP
Permalink
Jun 12, 2006
Cuti sekolah ari tu 1hb Jun hingga 6hb Jun aku dengan famili balik kelate..dah lama tak balik kampung..lagi pun ada sedara terdekat aku kawin...sonoknya balik kampung tapi tu lah aku nie kalau balik kampung mana boleh kejap aje..tapi apa kan daya...terpaksa balik awal...tapi aku puas..dengan semua sedara mara kat sana aku jumpa semasa hari kenduri tu...anak kedua aku yang paling seronok..dia tu memang..kalau balik kampung....aku pun tak hiraunya...
Dan lama aku tak rasa suasana kenduri dikampung...sonoknya dapat tolong dia orang masak-masak....dah lama betul tak makan lauk kenduri....masa yang sama..macam-macam aku nak makan masakan kelate yang dah lama aku tak merasainya....
Masa gi pasar kat Kota Bharu...isk..isk...kalau bleh aku nak beli macam-macam..semuanya dah lama aku tak rasainya..tapi mana bleh semua aku nak beli..nak makan kan...last2..dalam 4..5 jenis aje aku beli....
Pergi Rantau Panjang lak....laa kat sana gila2 jurujual jual jersi ..maklumlah musim bola sekarang nie...ramai betul orang gi sana....entahlah dia orang beli apa....rasanya masing-masing beli jersi...lagi pun kat sana harga berpatutan aje...aku beli apa ya ari tu....aku beli untuk sepupu aku kawin...aku beli cadar aje...bolehlah ...murah aje...pastu beli baju untuk anak2 aku...abahnya beli dan pilih sendiri...untuk aku..tak beli apa.....
Kat Pasar Siti Khatijah lak...laa...aku duk beli tudung dengan blous...isk murah betul nak dibandingkan kat KL nie....tu pun aku pergi ari jumaat...hubby nak cepat balik solat jumaat...isk takleh nak pusing habis....sekadar gi tempat kawan aku jual tudung dengan blous aje.....beli asam jeruk..tudung..mangga dan budu gak yang kawan aku kirim........dan beli lak durian dari thailand...dah lah musim panas..makan lak durian..takleh nak tidur malam tu.....panasssss.....
Posted at 03:32 pm by EjaLesungPP
Permalink
May 25, 2006
Azab Anak Derhaka Hadapi Sakaratul Maut - Oleh Ustaz Nahrawi Marzoki
Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Disisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil. "Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu. "Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."
Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.
"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya? "Panggil ibunya segera," kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri. "Kenapa ni?" tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas." "Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus terang. Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.
"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku." "Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,"jawab salah seorang daripada mereka. Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalal lah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia rumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya.
Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu. "Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga," katanya kasar. "Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si ibu. "Ahhh, saya tak kira." "Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya. Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri.
Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskankemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang bingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih.
Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya. "Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya. Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. "Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah." Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak...
" Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi. Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering. "Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang. Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.
Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu.
Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang cuma bawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut.
Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya. Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham. "Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz." "Apa masalahnya itu?" tanya saya. "Kubur adik saya berlubang ustaz." Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang tu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula. "Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya.
Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham. "Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya.
Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa malapetaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya. Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.
Petikan dari emel Wan Marhanum
Posted at 08:49 am by EjaLesungPP
Permalink
Petua Dari Dr Fadzilah Kamsah............
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yang kita hendak sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.
Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ikut Sunnah dan dapat pahala dan also boleh rujuk kepada pakar pemakanan, vitamin C dari buah2an yang dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%. Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner).
Minum air selepas 15-30 minit selepa makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
Seelok2nya makan malam sebelum maghrib ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan), sebab,bagi yang tengah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja,jadi, tak banyak yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30(org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)
Tatacara di bilik air, Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) boleh elak daripada dapat batu karang. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar.
Tatacara didik anak, Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan sebab jantung (yg terletak sblh kiri) akan boleh"lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) dnd otak anak akan develop excellently. Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang(or jangan) pakaikan baju warna orange sbb warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.
Tatacara didik diri sendiri, Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21 kali plus hari berturut2 , Rasullullah (saw) bersabda, amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg ve emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua(tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc Ada 3 kategori manusia :- BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"
Petikan dari emel Chiqui qura
Posted at 08:24 am by EjaLesungPP
Permalink
May 18, 2006
Subject: MMS Manusia, Malaikat, Syaitan... Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh... Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..
Manusia - Nak makan, laparlah Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.. Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!
Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...
Manusia - Azan sudah kedengaran... Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..
Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa... Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.. Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .
Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.. Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.
Manusia - aku telah berdosa.. Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.. Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok! Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .. Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...
Posted at 01:44 pm by EjaLesungPP
Permalink
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain.
Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan dan kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Mesti pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan nampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Sekadar ramalan...kebetulan.....
Posted at 09:25 am by EjaLesungPP
Permalink
May 16, 2006
Cuti sekolah lepas aku bawa anak-anak aku dengan pengasuh dan adik aku dari kelate pergi bercuti kat Cameran Highland...tinggal kat Hotel Strawberry Park...best...sejuk.....cantiknya pemandangan ...rasa tak puas pergi sekejap aje...nie gambar amik kat Hotel Strawberry Park...

Nie lak gambar aku kat ladang Teh Bharat kat Cameran Highland...cuaca panas tapi rasa sejuk aje...tu best tu ..kalau dapat selalu gi sana..atau terus aje duk sana hehehe.....

Posted at 12:57 pm by EjaLesungPP
Permalink
Kebetulan aku balik ari tu...banjir lak..masa sepupu aku kawin....dah berbelas tahun aku duk kl...sejak kawin..takpenah dah aku alami keadaan banjir...anak aku yang kedua....asyik main air aje..ada lak geng..sepupu diaorang...main lak depan rumah aje..apa lagi..air lak tak dalam sangat...sedang elok aje untuk budak2 main air..biasa lah kat kelate...banjir nie dia orang anggap cam pesta air..tapi aku kalau air dalam sangat..aku tak kasi main air....hubby aku asyik call aje..siap duk berpesan jangan kasi sangat anak dia main air...aku kata ..depan rumah aje....

Sepupu aku nie kawin dalam banjir....isk dia nie kan..cam sejuk aje..sebab dulu masa dia dilahirkan pun dalam keadaan banjir gak..sampai berpindah randah...dibuatnya....oklah...pengantin lelaki tak payah naik perahu..sebab air tak dalam....berjalan aje dalam air yang setakat betis aje....hehehee

Posted at 12:49 pm by EjaLesungPP
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|